laqod kana lakum firosulillahi ushwatun hasanah....sungguh didalam diri Rosulillah ada contoh yang baik buat kalian..."
Meneladani prinsip-prinsip kepemimpinan Rasulullah Muhammad saw
Korelasi
Bhineka tunggal ika dan piagam yastrib yang dibuat Rasulullah Muhammad saw
Bismillahirrohmaanairrohiim...ke bhinekaan bangsa kita adalah taqdir
yang harus kita syukuri..keberagaman adat istiadat budaya menjadi nuansa
dan harmoni alam yang harus di harmonisasi dengan jiwa-jiwa toleransi
hidup saling menghormati dan saling menghargai.....
"HAI MANUSIA SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG LAKI-LAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DAN MENJADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA DAN BERSUKU-SUKU SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENALI SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DISISI ALLOH IALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA(MENJAGA DAN MEMELIHARA DIRI) DIANTARA KAMU SESEUNGGUHNYA ALLOH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENALl. (QS Al Hujurat ayat 13)
Adakah kesamaan antara piagam Madinah/piagam yastrib dengan Bhineka Tunggal IKa?
"HAI MANUSIA SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG LAKI-LAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DAN MENJADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA DAN BERSUKU-SUKU SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENALI SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DISISI ALLOH IALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA(MENJAGA DAN MEMELIHARA DIRI) DIANTARA KAMU SESEUNGGUHNYA ALLOH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENALl. (QS Al Hujurat ayat 13)
Adakah kesamaan antara piagam Madinah/piagam yastrib dengan Bhineka Tunggal IKa?
Bagi bangsa Indonesia prinsip-prinsip nasionalisme itu tidak berat
sebelah, namun justru merupakan suatu sintesa yang serasi dan harmonis
baik hal-hal yang bersifat lahir maupun hal-hal yang bersifat batin.
Prinsip tersebut adalah yang paling sesuai dengan hakikat manusia yang
bersifat monopluralis yang terkandung dalam Pancasila.Di dalam
perkembangan nasionalisme didunia terdapat berbagai macam teori antara
lain Hans Kohn yang menyatakan bahwa :“ Nasionalisme terbentuk ke
persamaan bahasa, ras, agama, peradaban, wilayah negara dan
kewarganegaraan “. Bangsa tumbuh dan berkembang dari analisir-analisir
akar-akar yang terbentuk melalui jalannya sejarah. Dalam masalah ini
bangsa Indonesia terdiri atas berbagai macam suku bangsa yang memiliki
adat-istiadat dan kebudayaan yang beraneka ragam serta wilayah negara
Indonesia yang terdiri atas beribu-ribu kepulauan. Oleh karena itu
keadaan yang beraneka ragam itu bukanlah merupakan suatu perbedaan yang
saling bertentangan namun perbedaan itu justru merupakan daya penarik
kearah resultan sehingga seluruh keanekaragaman itu terwujud dalam suatu
kerjasama yang luhur yaitu persatuan dan kesatuan bangsa. Selain dari
itu dalam kenyataan objektif pertumbuhan nasionalisme Indonesia telah
dibentuk dalam perjalanan sejarah yang pokok yang berakar dalam
adat-istiadat dan kebudayaan. Prinsip-prinsip nasionalisme Indonesia
(Persatuan Indonesia) tersusun dalam kesatuan majemuk tunggal yaitu :a)
Kesatuan sejarah; yaitu bangsa Indonesia tumbuh dan berkembang dalam
suatu proses sejarah.b) Kesatuan nasib; yaitu berda dalam satu proses
sejarah yang sama dan mengalami nasib yang sama yaitu dalam penderitaan
penjajah dan kebahagiaan bersama.c) Kesatuan kebudayaan; yaitu
keanekaragaman kebudayaan tumbuh menjadi suatu bentuk kebudayaan
nasional.
Perangkaan Piagam Madinah[sunting | sunting sumber]
Rasulullah Muhammad s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
- Langkah pertama[sunting | sunting sumber]
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai
tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran
Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.
Langkah kedua[sunting | sunting sumber]
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi
mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan
hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
Langkah ketiga[sunting | sunting sumber]
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang
dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam
Piagam Madinah adalah:
Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara
untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk
kepada baginda.
Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau
menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu
dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar
Madinah.
Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,
2.Tujuan Piagam Madinah[sunting | sunting sumber]
Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
Mewujudkan keamanan di Madinah
Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.
3.Prinsip Piagam Madinah[sunting | sunting sumber]
Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
Kebebasan beragama
Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.
4.Kandungan Piagam Madinah[sunting | sunting sumber]
Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab
(Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang
yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan
penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam
golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.[1]
Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka :
mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang
tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang
tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang
beriman.
Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas
pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung
membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah
(golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka
sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman.
Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin
al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap
puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka
sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang
beriman.
Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas
pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan
darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar
wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di
kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 7
Bani Jusyam (dari
Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap
puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka
sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang
beriman.
Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama
mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti
dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan
darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan
orang-orang yang beriman.
Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di
atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang
tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah
membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan
adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 10
Bani
al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka
bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu
dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah
untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan
orang-orang yang beriman.
Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib)
tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab
membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka
hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
Fasal 12
Bahwa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang
masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama
bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar
wang tebusan darah dengan adil.
Fasal 12-b
Hendaklah seseorang
yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di
bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat
persetujuan terlebih dahulu.
Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman
lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan,
melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan
atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah
bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu
anak kepada salah seorang dari mereka.
Fasal 14
Tidak sayugianya
seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir,
tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.
Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib
orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin
hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan
pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada
pakatan tidak baik terhadap mereka
.Fasal 17
Bahwa perdamaian
orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat
perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh
mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan
dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap
semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.
Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.
Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang
Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang
mukmin (akan haknya)
Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan
sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup
(alasan yang membolehkan pembunuhan itu berlaku) hendaklah dihukum
bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti
darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan
itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.[2]
Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi
kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong
mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa
menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada
hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan
tidak juga sebarang taubat.
Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang
mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang
Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu
mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim
dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan
keluarganya sendiri
Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf
. Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf,
kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak
akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar
dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.
Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana
orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka
sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi
orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling
nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang
dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang
yang dizalimi.
Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa
.Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di
antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana
maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian
oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan
piagam ini dan merestuinya
Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada
Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada
orang-orang yang membantunya.
Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.
Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam
satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk
campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat
demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap
orang-orang yang memerangi agama (Islam).
Fasal 46
Bahawa
orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang
bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana
pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka
semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka
hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang
siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan
Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya
.Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim
dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa
berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin
keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa
Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan
bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.
ditulis : Admin
Tag :
piagam yastrib


0 Komentar untuk "Korelasi Bhineka tunggal ika dan piagam yastrib yang dibuat Rasulullah Muhammad saw"